Berapa Harga Bina Rumah Terkini Yang Anda Perlu Tahu?

Berapa harga bina rumah terkini yang anda perlu tahu?

Sekaki berapa RM untuk kos bina atau renovasi rumah hari ini? Harga binaan ini tidak sama dan tidak tetap, berbeza mengikut kos dan lokasi negeri. Jika anda nak bina rumah di Selangor, maka harganya mengikut nilai di Selangor. Ada kontraktor dari Kelantan memberi harga RM145 sekaki kerana beliau fikir anda nak bina rumah di Kelantan. Ada kontraktor dari Johor memberi harga RM175 sekaki kerana beliau fikir anda nak bina rumah di Johor.

Bagi pihak kontraktor, mereka akan memberi sebut harga mengikut lokasi yang dinyatakan oleh pelanggan. Harga bina rumah di Kedah tidak akan sama dengan harga di Selangor. Lain negeri, lain harganya. Pertimbangkan dahulu kos buruh, kos operasi, kos sewa jentera dan kos bahan mentah.

Kontraktor akan memberikan sebut harga sesudah mendapat info berapa besar saiz rumah yang nak dibina. Sekiranya pelanggan sudah memaklumkan bajet mereka sejak awal, kontraktor hanya perlu mengemukakan cadangan tentang saiz rumah yang bertepatan dengan bajet mereka.

Sebagai pelanggan, bagaimana anda nak dapatkan harga untuk membina rumah?

 

berapa harga bina rumah terkini yang anda perlu tahu
Berapa harga bina rumah terkini yang anda perlu tahu? Tidak semua kos bina rumah sama kerana ada beberapa faktor dan jawapannya ada di sini.

 

1. Buat kajian harga berdasarkan maklumat dari penduduk setempat.

Ini adalah kiraan asas sahaja, harga sebenar berbeza dengan jenis bahan dan kemasan akhir.

  • Katakanlah anda mempunyai jiran yang membina rumah 2,000 kaki persegi (kps) dengan kos RM340,000. Kos sekaki adalah RM130 (RM340,000/2,000 = RM170).
  • Jiran yang kedua membina rumah seluas 2,400 kps dengan kos RM420,000. Maka kos sekaki ialah RM175.
  • Jiran yang ketiga membina rumah seluas 2,800 kps dengan kos RM500,000. Kos sekakinya ialah RM178.

Anggaran purata untuk membina rumah ialah (RM170 + RM175 + RM178)/3 = RM174 kps. Jika anda mahu membina rumah pada tahun hadapan, masukkan 4% sebagai anggaran kenaikan harga pada bahan binaan. Oleh itu harganya akan menjadi RM181.

 

2. Semak semula bajet anda.

Jika anda mempunyai bajet sebanyak RM500,000, asingkan 20% untuk belanja sebelum bina rumah. Bakinya 80% atau RM400,000 adalah jumlah sebenar untuk anda bina rumah.

 

3. Bina rumah ikut harga terkini.

Dengan harga binaan RM174 sekaki, kira berapa luas rumah anda yang bakal dibina dengan bajet RM400,000 contohnya RM400,000/RM174 = 2,290 kps.

  • Luas rumah adalah 2,290 kps
  • Anggaran kos binaan RM174 kps
  • Anggaran kos bina rumah RM400,000

 

4. Anda mesti memiliki geran tanah atas nama sendiri.

Geran tanah ini mestilah tertulis dalam Borang 5B (geran) atau Borang 5C (pajakan negeri) atau Borang 5D (geran mukim) atau 5E (pajakan mukim). Borang 5 ini bermaksud anda adalah pemilik tanah berstatus hak milik tetap. Sempadan dan lokasinya sudah selesai diukur dan dipetakan serta difailkan di pejabat tanah. Tanah untuk anda bina rumah mestilah berstatus bangunan. Jika belum ditukar, anda perlu buat permohonan penukaran di pejabat tanah dan akan mengambil masa sehingga 3 bulan.

 

Apa langkah seterusnya yang perlu anda buat untuk bina rumah?

Terus hubungi kami di talian 017-3452175 untuk khidmat nasihat bagi urusan membina atau mengubah suai rumah anda. Servis renovasi dan bina rumah kami meliputi Lembah Kelang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

 

Ikhwan Fahmi
Kontraktor Bina Rumah & Renovasi
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!