Kenapa kos sambung projek rumah terbengkalai jauh lebih tinggi?
Impian nak memiliki rumah idaman akhirnya terbantut apa bila kontraktor yang dilantik mula melarikan diri. Panggil kontraktor baru, sebut harga yang diberikan jauh lebih tinggi dari harga yang diberikan oleh kontraktor terdahulu.
Kenapa boleh jadi begini?
Kontraktor baru tidak memulakan projek serta-merta. Mereka perlu buat pemeriksaan terperinci sebelum memulakan sebarang kerja. Seperti contoh yang diberikan oleh puan guru Mahanom Mohammad, kontraktor lama perlu bina dinding 12 kaki, tetapi terhenti setakat 7 kaki sahaja.
Kontraktor baru takkan sambung terus dari 7 kaki kepada 12 kaki. Jika kontraktor lama buat kerja ikut spesifikasi yang betul, barulah ianya boleh disambung. Jika tidak, struktur tersebut perlu dibetulkan dahulu. Di sini wujudkan kos diagnos & kos pembetulan kerja.
Andai projek sudah lama tergendala, akan ada kecacatan yang serius dan tak dapat dibaiki lagi. Ia perlu dirobohkan untuk dibina semula. Di sini wujud pula kos merobohkan & kos buang sisa pembinaan. Dicampur dengan kos pembinaan, kos keseluruhan boleh menjadi 2 kali ganda.
Kenapa kontraktor lari dari medan pembinaan?
Boleh jadi kontraktor lari sebab rugi dan menyebabkan gaji tukang tak dapat dijelaskan. Tukang rasa marah lalu sisa pembinaan dituang dalam paip. Geram pada kontraktor, pelanggan yang terkena tempiasnya.
Minggu ini kami mengambil peluang untuk berjumpa dengan pelanggan-pelanggan yang ditinggalkan kontraktor untuk sesi rundingan bagaimana masalah rumah mereka yang terbengkalai dapat diselesaikan.
Ikhwan Fahmi
Kontraktor Bina Rumah & Renovasi
017-3452175