Tips Kontraktor

3 Cara Asas Dapatkan Projek Untuk Kontraktor Baru

3 cara asas dapatkan projek untuk kontraktor baru

 

Bukan mudah nak dapatkan projek jika tak tahu cara yang berkesan.

 

Bagi kontraktor yang baru nak bermula, anda perlu berfikir dan bertindak secara kreatif untuk mendapatkan projek. Ada 3 kaedah asas untuk mendapatkan projek permulaan iaitu :

1. Buat projek kecil dahulu. Cari projek yang boleh disiapkan dalam masa 1 hingga 3 hari. Mula-mula, mungkin kena buat sendiri. Modal yang ada tak cukup untuk upah tukang. Peralatan yang mahal masih belum mampu disediakan.

Oleh itu, mulakan kerja mudah seperti potong rumput, cat pagar, baiki paip dan lepa simen. Ini peringkat untuk anda melatih diri di tapak kerja. Anda perlu belajar menguruskan pelanggan, mengira untung dan rugi projek serta menguruskan kewangan.

2. Luaskan jaringan bisnes. Baik di atas talian atau di luar, bina perhubungan dengan komuniti seperti kelab basikal, kelab bisnes dan komuniti penduduk. Cari kawan untuk minum bersama-sama. Berkenalan dengan jiran-jiran yang perlukan servis baik pulih dapur, bumbung atau pagar.

3. Cari projek sub kontrak. Pasti ada kontraktor utama (main con) yang memerlukan sub kontrak (subcon) bagi menjalankan projek mereka. Untuk menjadi subcon, usah terima kerja membuta tuli, terutamanya bayaran satu per satu atau berturut-turut. Utamakan main con yang boleh memberikan deposit untuk anda beli stok barang dan memulakan projek.

Anda perlu tahu apa jangkaan dari main con, jalankan kerja ikut skop, kerja ikut skop, buat ujian dan commissioning depan main con, setelah siap ada dokumen kerja handing over (perlu ada persetujuan main con setelah handing over, anda tiada lagi kaitan dengan kerja tersebut).
Andai tiada dokumen kerja disertakan, anda bakal jadi korban main con bila ada masalah berlaku. Akibatnya bayaran kepada pihak anda akan disekat kerana masalah tersebut.

Penulis asal : Mahanom Mohammad

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *