Tips Bina Rumah

4 Tips Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Yang Orang Tak Ambil Kisah

4 tips bina rumah atas tanah sendiri yang orang tak ambil kisah

Di antara impian kebanyakan orang yang ada di atas muka bumi ini ialah membina rumah idaman di atas tanah sendiri. Biar sekecil dan sebesar mana pun saiz rumah tersebut, ia tetap akan memberi kepuasan kepada pemiliknya kerana memiliki rumah yang sudah lama diidamkan.

 

Membina rumah atas tanah sendiri akan jadi lebih mudah jika ada panduannya.

 

1. Tentukan keluasan rumah yang nak dibina.

Keluasan rumah atau luas binaan yang dibenarkan oleh majlis selepas anjakan (setback) adalah seperti berikut :

  • Sebelah kiri 10 kaki
  • Sebelah kanan 10 kaki
  • Sebelah belakang : 10 kaki
  • Sebelah depan : 20 kaki

Katakanlah saiz tanah anda ialah 50′ x 80′. Majlis akan memberi kebenaran untuk anda membina rumah dengan keluasan 30′ x 50′ sahaja. Jika anda nak ruang yang lebih besar, anda boleh mempertimbangkan untuk membina rumah 2 tingkat.

Keluasan minima yang sesuai untuk jumlah bilik :

  • 1,000 kps = 3 bilik
  • 1,500 kps = 4 bilik
  • 2,000 kps = 5 bilik
  • 2,500 kps = 6 bilik

 

2. Panduan asas saiz bilik (1 meter persegi = 10 kaki persegi)

  • Bagi bilik tidur pertama (atau bilik tidur utama), saiz yang dicadangkan ialah 11 meter persegi.
  • Bagi bilik tidur ke 2, keluasan minimum ialah 9.3 meter persegi.
  • Untuk bilik-bilik yang seterusnya, keluasan yang diperlukan mestilah 6.5 meter persegi.
  • Lebar minimum bagi setiap bilik pula 2 meter.
  • Tinggi bagi setiap bilik mestilah tidak kurang dari 2.5 meter.

 

3. Dapur yang memenuhi citarasa suri hati

  • Keluasan dapur yang minimum ialah 4.5 meter persegi.
  • Lebar dapur yang minimum ialah 1.5 meter.
  • Ketinggian dapur mestilah tidak kurang daripada 2.25 meter

 

4. Bilik air dan tandas yang selesa untuk keluarga

  • Saiz bilik air atau bilik mandi mestilah tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dengan lebar yang tidak kurang daripada 0.75 meter.
  • Saiz tandas pula mestilah tidak kurang daripada 0.75 meter x 1.5 meter.
  • Saiz bilik air dan tandas mestilah tidak kurang daripada 2 meter persegi dengan lebar tidak kurang daripada 0.75 meter.
  • Tinggi bilik air dan tandas mestilah tidak kurang daripada 2 meter.

Sebaik-baiknya, beli tanah lot yang ada geran individu bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari seperti tindakan undang-undang, harta pusaka dan faraid. Status tanah yang dibeli mestilah berstatus kediaman dalam zon kediaman.

Anda dianggap melanggar Akta Kanun Negara sekiranya anda membina tanah yang bukan berstatus kediaman. Untuk pengetahuan anda, bank atau LPPSA hanya akan meluluskan pembiayaan kepada tanah lot geran individu untuk pembelian tanah atau pembinaan rumah.

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-2990243

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *