Tips Kontraktor

Saya Nak Jadi Kontraktor Mana Nak Cari Modal?

Saya nak jadi kontraktor, mana nak cari modal?

Ada 4 jenis modal bisnes yang anda perlu tahu, tak semestinya dalam bidang kontraktor sahaja. Ia terbahagi kepada modal dibenarkan (authorised capital), modal berbayar (paid up capital), modal terkumpul (accumulated capital) dan modal kerja (working capital).

1. Modal dibenarkan adalah modal yang dibenarkan untuk memulakan operasi oleh syarikat apabila mendaftar syarikat Sdn Bhd di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2. Modal berbayar adalah modal yang dibawa masuk oleh pemilik syarikat bagi menguruskan operasi perniagaannya.

3. Modal terkumpul pula ialah modal yang terkumpul pada tempoh kewangan berakhir iaitu 31 Disember yang turut dicatat dalam laporan Penyata Kewangan.

4. Modal kerja pula merujuk kepada modal yang digunakan untuk melaksanakan kerja iaitu modal untuk memulakan sesuatu projek.

 

Ada beberapa kaedah untuk mendapatkan modal sebelum memulakan projek.

 

Adakah sukar untuk mendapatkan modal bagi memulakan kerja, sama ada projek kerajaan atau pun swasta?

Sebagai seorang usahawan yang memakai topi kontraktor, tidak sukar untuk memperolehi modal projek. Berfikirlah dengan kreatif untuk menyelesaikan masalah seperti modal projek.

Pemilik projek yang mahu melantik kontraktor akan melihat kekuatan modal yang dimiliki oleh kontraktor terutamanya modal projek. Kontraktor perlu ada kecairan tunai bagi menjalankan kerja-kerja awal contohnya insurans, penyediaan tapak dan mobilisasi dan lain-lain.

Jika projek tersebut ditawarkan oleh pihak kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sebahagian besar kontraktor berstatus bumiputera akan mendapatkan modal projek menerusi skim pembiayaan kontrak dari MARA, TEKUN, Bank Rakyat dan lain-lain.

Bagi kerja yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, atau GLC, kebiasaannya kontraktor bumiputera akan mendapatkan modal kerja melalui skim pinjaman kontrak dari MARA, TEKUN, CGC, Bank Rakyat, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan lain-lain.

Jika projek yang berstatus mega, modal projek akan dipohon menerusi kemudahan dari bank komersil Over Draft (OD), Letter Of Credit (LC) dan sebagainya.

 

Jika projek swasta, bagaimana nak dapatkan modal projek?

Modal kerja swasta atau persendirian biasanya dibiayai oleh pemilik projek sendiri menggunakan wang deposit. Seterusnya, modal pusingan diterima menerusi bayaran progres kerja.

Ada sebahagian pemilik yang menyerahkan deposit yang tinggi atas dasar kepercayaan.

Sumber penulisan : Mahanom Mohammad

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *