Tips Bina Rumah

Menuntut Wang Tertangguh Di Mahkamah

Menuntut wang tertangguh di mahkamah

Bila kontraktor dapat projek, rasa nak melompat terus menuju puncak. Pelanggan terus setuju dengan sebut harga yang diberi. Akibat terlampau teruja, kita pesan barang dan masuk tapak secepat kilat. Ini bukan bina rumah, tapi menggali liang lahad namanya. Tanpa hitam putih, buat kerja dengan menempa risiko.

 

Kini ada cara yang sah di sisi undang-undang untuk menuntut hak anda.

 

Sediakan perjanjian bersama

Sebaik-baiknya minta pelanggan sediakan Purchase Order (Pesanan Belian). Jika tiada, minta pelanggan tanda tangan sebut harga dari kita. Sertakan klausa di bahagian bawah “Saya setuju dengan harga di atas”.

Pilihan yang paling bagus ialah adanya kontrak perjanjian. Ada ijab dan kabulnya. Sertakan info skop kerja, harga, tempoh, bayaran dan jaminan. Kontraktor dan pelanggan perlu menandatangani kontrak tersebut dan ia akan meyakinkan kedua-dua belah pihak semasa berurusniaga.

 

Apa gunanya kontrak ini?

Andai timbul masalah di tapak, pelanggan boleh mendakwa kontraktor ke Mahkamah Tribunal Pengguna. Setiap skop kerja yang telah disempurnakan mestilah ada Nota Penghantaran (Delivery Order). Pastikan ada tanda tangan pelanggan pada DO sebagai bukti pengesahan kerja yang dibuat.

Keluarkan invois bertulis setiap kali menuntut bayaran. Sertakan nombor rujukan PO atau rujukan kontrak dan nombor DO. Hantar sekali salinan PO dan DO dalam tuntutan invois anda.

Tuliskan jumlah tuntutan RM dalam invois, nama, nombor akaun bank serta tempoh (hari) untuk pelanggan menyelesaikan bayaran. Anda enggan, hantar surat tuntutan rasmi pada pelanggan. Nyatakan tempoh kepada pelanggan untuk memberi maklum balas pada surat tuntutan anda.

 

Apa nak buat bila pelanggan masih enggan?

Anda sebagai kontraktor boleh ke pejabat Asian International Arbitration Centre (AIAC), dahulu ia dikenali sebagai Kuala Lumpur Regional Centre for Arbitration (KLRCA). AIAC berfungsi sebagai timbang tara antarabangsa, timbang tara domestik dan pertikaian pembayaran industri binaan.

Agensi bukan kerajaan ini akan bertindak sebagai timbang tara antara pelanggan dan kontraktor. Di sini kontraktor boleh membuat aduan dan memfailkan ke di bawah Akta CIPAA. Lantik dan dapatkan nasihat peguam. Dokumen seperti PO, DO, invois dan surat perlu disusun dan didokumentasikan dengan baik.

Untuk mendapatkan nasihat yang lengkap, hubungi Tuan Shamsuddin Sulaiman, kontraktor oldtimer merangkap jurutera mekanikal yang memiliki Certificate in Adjudication untuk mengendalikan kes-kes tuntutan bayaran projek ke AIAC.

Untuk khidmat nasihat lebih berpanjangan, boleh saja bersahabat dengan Tuan Shamsuddin Sulaiman, otai kontraktor, berkelulusan jurutera mekaninal yang punya “Certificate in Anjudication” untuk membantu kes-kes tuntutan bayaran projek ke KLRCA.

 

Tuntutan kurang dari RM5,000

Bagi urusan tuntutan yang melibatkan nilai RM5,000 dan ke bawah, hal ini boleh diselesaikan di Mahkamah Majistret yang berhampiran. Dengan kos RM50, anda sudah boleh daftar Saman Tuntutan Kecil. Kaedah ini boleh digunakan untuk menuntut hutang peribadi.

Selepas pendaftaran selesai, pos tuntutan tersebut kepada pemiutang. Tunggu panggilan dari mahkamah. Di hari perbicaraan, terangkan kesemuanya kepada hakim, tak perlu ada peguam bela.

 

Ditulis semula dari blog puan guru Mahanom Mohammad.

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *