Perumahan

Mengapa Pemaju Tak Jadi Beli Tanah Untuk Buat Perumahan

Mengapa pemaju tak jadi beli tanah untuk buat perumahan

Banyak kali saya mendapat permintaan dari pemilik-pemilik tanah untuk menjualkan tanah mereka. Tak semuanya mudah dijual kerana sebab-sebab tertentu. Ada sebahagiannya berpunca dari tanah itu sendiri, dan ada juga yang berpunca dari sikap pemilik tanah.

Saya ringkaskan di sini beberapa punca dan masalah yang bakal dihadapi oleh pemaju perumahan :

 

Mengapa pemaju tak jadi beli tanah untuk buat perumahan
Tak semua tanah yang dijual bersesuaian dengan keperluan perumahan hari ini.

 

1. Tanah rizab Melayu

Status tanah ini dikhaskan untuk orang-orang Melayu. Jika pemaju membeli tanah ini, mereka akan berdepan dengan kesukaran untuk menjual hartanah kepada orang bukan Melayu atau bukan bumiputera. Sebahagian dari pembeli hartanah datang dari orang bukan Melayu. Oleh itu, pemaju takkan mempertaruhkan nasib untuk membina hartanah kepada orang Melayu sahaja.

 

2. Zon

Tanah yang terletak di bahagian zoning perumahan tiada masalah untuk dimajukan. Akan tetapi, bagaimana pula dengan tanah zon industri, zon pertanian, zon komersial dan zon hutan?

 

3. Broker

Orang tengah atau pun broker ini menjadikan urusan jual beli menjadi rumit. Sebagai contoh, pemilik meletakkan harga RM1 juta untuk 1 ekar tanah, namun broker pula akan menambah RM100,000 untuk 1 ekar menjadikannya RM1.1 juta. Kalau ada 2 – 3 orang broker, urusan akan menjadi bertambah rumit.

Sangat berbeza jika ianya diuruskan oleh ejen hartanah berdaftar. Mereka akan mengambil 2% – 3% sahaja dari harga yang ditetapkan oleh pemilik tanah. Namun begitu ada juga ejen hartanah yang bersikap seperti broker…

 

4. Pemilik tanah

Ada sebahagian pemilik tanah meletakkan harga yang lebih tinggi dari nilai pasaran. Ada yang ikut harga pasaran. Ada pula yang nak mengenakan bayaran untuk masuk ke tanah mereka, walau pun untuk tujuan lawatan tapak. Kita nak tolong jual tanah mereka, kita juga yang kena keluarkan kos iklan, tenaga, masa dan minyak kenderaan. Nak masuk tanah mereka pun kena bayar juga…

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *