Tips Bina Rumah

Masalah Bila Kontraktor Sub Projek

Masalah bila kontraktor sub projek.

Masa nak keluar rumah, saya tengok ada sebuah kereta yang sering dipandu oleh pemilik bisnes parkir di tepi jalan. Sempat menyapa pemandunya, katanya ada kerja renovasi di rumah  jiran.Katanya, beliau pernah jadi kontraktor utama di sekitar projek dalam Bangi. Selebihnya diselesaikan secara sub projek.

 

masalah bila kontraktor sub projek
Di antara masalah bila kontraktor sub projek yang berlaku ialah mereka guna besi konkrit berkualiti rendah.

 

Kontraktor lama guna besi murah

Sebelum ini, dah ada kontraktor lain besarkan bahagian dapur. Sekarang nak buat bilik di atasnya. Saya ada belek saki baki besi konkrit dari kontraktor lama. Besi konkritnya kecil sahaja. Anak kecil pun boleh bengkokkan.

Projek renovasi berjalan seperti biasa. Setiap hari datang dengan kereta yang berlainan. Orang muda lah katakan… Lepas 2 bulan, nampak ada pertambahan pekerja, dari muka tempatan kepada muka seberang…
.
Tak lama kemudian, tapak rumah nampak lengang, pekerja seberang tak kelihatan lagi. Nampak kontraktor dengan pembantunya sedang menurunkan banner iklan renovasi. Pekerja seberang dah terbang, sekali dengan mesin-mesin kerja tukangnya melayang. Projek renovasi dibuat secara sub, bukan beliau yang gajikan.

Itulah silapnya, beliau maklumkan yang mereka telefon untuk minta projek. Kenal pun tidak terus bagi begitu sahaja. Nombor sedia ada sudah ditukar, apa susah sekat sahaja atau mereka pakai saja nombor baru.

Sempat dengar keluhan sang kontraktor muda, tunggu budak baru masuk dari seberang, tapi masa tu sempadan negara masih belum buka. Setelah sekian lama, akhirnya kontraktor muda tu pun menghilang. Tinggallah struktur rumah yang hanya bertiang konkrit dan susunan bata tak berlepa…

 

Otai masih berbisa

Lepas 3 bulan, kerja renovasi diteruskan dengan kontraktor baru. Sempat beliau bertegur sapa dengan saya. Beliau jadi panel kontraktor untuk bank harimau. Selain itu, ada kilang jahit pakaian untuk dibekalkan pada butik-butik.

Usia pun sudah oldtimer, datang dengan pickup sahaja. Pekerja yang ada, memang di bawah seliaannya. Sedikit sebanyak ada beberapa risiko jika pembinaan diteruskan atas struktur lama. Bila diteliti, ada bahagian struktur binaan yang tak diletakkan besi, sekadar susun bata dan simen sahaja. Kalau runtuh macam mana…

Sesudah beberapa minggu, kerja-kerja renovasi luaran sudah selesai, hanya tinggal bahagian dalaman sahaja. Jadi, bila anda bina atau renovasi rumah, selidik betul-betul cara kontraktor buat kerja.

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *