Tips Kontraktor

Masa Mula Mula Jadi Kontraktor Saya Kabur Macam Mana Nak Cari Pelanggan

Masa mula-mula jadi kontraktor, saya kabur macam mana nak cari pelanggan

Bak kata puan guru Mahanom Mohammad, dunia kontraktor adalah dunia keusahawanan. Sudah melangkah dalam dunia keusahawanan, harus bijak mencipta jualan. 2 cara menghasilkan jualan ini dikongsikan dari status FB beliau.

 

Tanpa arah tuju yang jelas, mana-mana bisnes pun akan jadi sukar untuk dapatkan pelanggan.

 

1. Penuhi permintaan pasaran dengan kelebihan kompetitif. Bahasa mudahnya, penuhi keperluan pelanggan yang sedia ada. Sebagai contoh, pasaran ubahsuai dan bina rumah. Hari ini, hampir setiap rumah dibina dengan saiz kecil. Rumah yang siap dibina melebihi 10 tahun ke atas perlukan kerja baik pulih kerosakan. Bagi mereka yang memiliki tanah, biasanya mereka akan bina rumah di situ.

2. Cipta permintaan berasaskan kepakaran. Untuk memenuhi perkara ini, anda perlukan unfair advantage. Dalam konteks ini, pelanggan ada satu keperluan tetapi belum ada mana-mana pihak yang menawarkan perkara tersebut. Jika anda pakar dalam memenuhi keperluan pelanggan, jadilah orang yang terawal menawarkan servis tersebut.

Meski pun permintaan bina dan ubahsuai rumah amat tinggi, pelanggan mahukan kontraktor bersikap jujur dan dapat menyelesaikan kerja dengan sempurna. Oleh itu, tawarkan jaminan 6 bulan atau 12 bulan. Selain, anda boleh menawarkan servis penyelenggaraan istimewa untuk jangka masa 3 tahun. Anda juga boleh tawarkan pelbagai sekuriti untuk meyakinkan pelanggan.

Projek pertama saya, dapat dari kawasan Kota Seriemas, Nilai. Saya dapat dari iklan berbayar Facebook yang dimulakan sejak Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) bermula. Nak keluar bekerja agak sukar, jadi saya ambil inisiatif untuk jadi kontraktor sebagai salah satu cabang pendapatan.

 

Menurut puan guru Mahanom Mohammad, ada 3 strategi utama untuk dapatkan pelanggan :

1. Datang dari sub kontrak kawan yang mendapat kontrak utama.

2. Datang dari sub kontrak kedai hardware untuk kerja-kerja pembaikan sistem sokongan bangunan contohnya perpaipan, elektrik, lantai, dinding, kumbahan dan lain-lain. Selain itu, perlu ada kerjasama dengan kedai-kedai yang menjual kemasan dinding, kemasan lantai, jubin, kemasan dapur, aksesori tandas dan lain-lain.

Kolab kontrak adalah satu seni kerjasama yang boleh anda praktikkan dengan kedai-kedai ini kerana pelanggan yang datang akan mencari kontraktor atau tukang.

3. Datang dari pusat komuniti yang anda aktif di dalamnya seperti contoh kelab sukan, kelab permainan dan sebagainya.

Penulis asal : Mahanom Mohammad

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *