Tips Bina Rumah

Harga Sekaligus Dari Kontraktor Bina Rumah

Harga sekaligus dari kontraktor bina rumah

Bila seseorang kontraktor memberikan harga sekaligus (lump sum) untuk membina rumah, harga tersebut meliputi :

1. Tapak asas rumah (foundation). Bahagian ini akan dibina mengikut spesifikasi yang digariskan oleh industri. Ia akan menampung seluruh beban rumah termasuklah beban pada bahan binaan, perabot dan penghuni rumah.

2. Lekapan rumah termasuklah bingkai dan daun bukaan contohnya pintu dan tingkap serta kelengkapan kunci mengikut spesifikasi industri, tidak termasuk jeriji.

3. Kemasan pada permukaan seperti lepaan simen, dinding dan lantai yang mengikut spesifikasi industri tidak termasuk cat, jubin, plaster siling dan sebagainya.

4. Rangka bumbung yang lengkap dengan perabung, kasau atap dan sistem tadahan air hujan ke saliran yang betul.

5. Sistem sokongan rumah yang asas contohnya sistem perpaipan laluan air bersih dan laluan sisa air, sistem kumbahan dan sistem pendawaian elektrik.

6. Harga yang diberikan oleh kontraktor meliputi ukuran yang ada dalam pelan yang dipersetujui.

7. Pelanggan perlu mengeluarkan kos tambahan bagi kemasan seperti mozek, cat, suis pemanas air, suis penyaman udara, kabinet dan lain-lain perkara yang tidak dinyatakan dengan teliti dalam pelan, kecuali bila kontraktor menyatakannya dalam sebut harga.

8. Perkara yang paling utama ialah pelanggan tidak perlu mengeluarkan kos tambahan andai kontraktor membuat silap semasa mengukur dalam sebut harga contohnya dalam pelan sudah tertulis saiznya 1,500 kps, tetapi di dalam sebut harga kontraktor tersalah kira 1,000 kps dengan harga RM2,000 (berdasarkan RM2 kps).

Dalam hal ini, pelanggan boleh mengabaikan permintaan kontraktor untuk membuat perubahan harga berdasarkan ukuran pelan kerana kecuaian, contohnya saiz ruang yang dipinta 1,500 kps tetapi harga yang sudah dipersetujui ialah RM2,000.

Jika pelanggan ada budi bicara, mereka akan menerima permohonan kontraktor untuk mengemaskini saiz rumah dari 1,500 kps kepada RM3,000.

 

Tersilap beri harga, boleh tercekik aliran tunai kontraktor.

 

Sebaik sahaja mendapat harga sekaligus, ketahui risiko dan hak sebagai pelanggan agar tenteram sepanjang proses bayaran. Anda tak rasa tertipu kerana harga sekaligus tidak termasuk jubin dan jeriji. Kontraktor pula tak rasa dizalimi akibat kelalaian semasa menetapkan harga pada kadar pukal.

Penulis asal : Mahanom Mohammad

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *