Tips Bina Rumah

Asalnya Nak Jimat Tapi Akhirnya Tetap Kerugian

Asalnya nak jimat, tapi akhirnya tetap kerugian…

Kos bina rumah atas tanah sendiri bermula dengan RM150 sekaki. Ada yang mencecah RM200 sekaki, ikut harga bahan binaan semasa. Akan ada kontraktor yang tawarkan RM100 sekaki ke bawah, nampak mengiurkan tapi tolong fikir masak-masak…

 

asalnya nak jimat tapi akhirnya tetap kerugian
Buat kira-kira dan perancangan awal sebelum anda buat keputusan untuk bina rumah.

 

Katakan rumah setingkat 2,000 kaki persegi, ada 3 kontraktor yang memberikan sebut harga :

Kontraktor 1 = RM120 sekaki = RM240,000
Kontraktor 2 = RM190 sekaki = RM380,000
Kontraktor 3 = RM210 sekaki = RM420,000

Pelanggan pilih kontraktor 1 dan buat pembayaran 30% sebagai pendahuluan. Kontraktor mulakan kerja pembersihan tapak, masukkan pasir, pasang BRC dan letak kayu serta papan di tapak binaan. Kemudian kontraktor tuntut lagi 30% untuk bayaran seterusnya. Belum ada rupa rumah, sudah lebih separuh bayaran diraih.

Kontraktor 1 mula buat perangai. Hilang sampai 1 – 2 minggu lamanya. Pekerja-pekerja binaan yang datang sudah bertukar-tukar orang. Ada waktunya, kontraktor maklumkan pada pemilik yang dia belum dapat bayaran. Bahan binaan yang ditempah masih belum tiba.

Pemilik jadi sakit hati, rumah terbengkalai. Duit yang tinggal tak berapa nak ada. Mula-mula fikir boleh jimat, tapi kena main pula dengan kontraktor 1. Tindakan saman pun dimulakan, masuk tribunal. Kontraktor 1 diperintahkan untuk buat bayaran balik pada pemilik. Sampai 7 keturunan pun kontraktor 1 tak bayar-bayar.

Pemilik tanya kontraktor 2 dan 3, apa nak buat kalau kes jadi macam ini. Masing-masing senyap sebab bukan urusan mereka. Itulah, sebab nak jimat, salah pilih kontraktor maka rugi besarlah akhirnya…

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *