Tips Bina Rumah

9 Tips Pilih Kontraktor Untuk Renovasi Atau Bina Rumah Idaman

9 tips pilih kontraktor untuk renovasi atau bina rumah idaman

Sampai satu masa, anda pasti akan melakukan renovasi rumah bila tiba masanya. Sebagai contoh, keluarga anda semakin membesar, anda perlukan lebih ruang di bahagian dapur. Jika kalau anda nak elakkan dari ditimpa masalah ketika proses renovasi atau bina rumah, sila baca tips di bawah ini.

 

Pilih kontraktor dengan teliti supaya rumah yang dibina dapat diselesaikan dengan sempurna.

.
1. Kerja yang spesifik. Kontraktor yang telus akan berikan sebut harga dan perincian kerja. Andai ada binaan dinding, pastikan ada ukuran keluasan dinding yang nak dibina. Jika ada kerja pendawaian, sertakan sekali butiran soketnya. Pastikan ada kuantiti serta harga.

2. Mudah dihubungi. Kontraktor yang serius berbisnes boleh dihubungi dengan tepat, jelas dan mempunyai alamat pejabat yang mudah dijumpai. Pastikan mereka memiliki akaun media sosial seperti FB, IG dan lain-lain yang memaparkan hasil kerja mereka sebagai kontraktor.

3. Ada pasukan kerja. Tukang-tukang rumah ini adalah sebahagian dari pasukan kerja kontraktor. Sebaik-baiknya mereka boleh berkhidmat dengan pengawasan minimum kontraktor. Pelanggan tak perlu gusar andai kontraktor sakit, kerja pengubahsuaian atau pembinaan masih boleh dilaksanakan.

4. Kontrak ringkasan kerja. Dokumen seperti kontrak ringkas yang mengandungi ringkasan skop kerja, terma bayaran, tempoh masa, nilai kerja dan persetujuan lain-lain di antara kontraktor dan pelanggan.

5. Bekerjasama dengan baik. Kontraktor hendaklah sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak ketiga yang dilantik oleh pelanggan dalam kerja mereka selagi pihak ketiga tidak menyukarkan kerja yang dilakukan oleh kontraktor.

6. Boleh bekerja di tapak yang ditetapkan. Jika ada pelanggan yang tinggal di rumah yang nak diubahsuai, wujudkan satu persetujuan bersama bagi mengelakkan kontraktor mewujudkan bil tambahan yang tak pernah dipersetujui.

7. Tahu undang-undang yang berkaitan. Kontraktor yang memilki dan mempraktikkan ilmu pengetahuan kerja-kerja yang dilakukannya akan dapat menjalankan kerja dengan lebih pantas dan berkesan. Sekiranya disaman atau didenda kerana melanggar perjanjian, kontraktor haruslah bersedia untuk berdepan dengan risiko dan menyelesaikan kesilapan tersebut.

8. Boleh menyimpan rahsia pelanggan. Kontraktor tak sepatutnya mendedahkan kerja yang dilakukan tanpa keizinan pelanggan. Sebagai contoh, jiran kepada pelanggan sibuk bertanyakan banyak ke duit mereka untuk buat renovasi rumah? Anda sebagai kontraktor senyum sahaja lah.

9. Kontraktor tidak bermasalah. Buat semakan tentang latar belakang kerja yang pernah dilaksanakan oleh kontraktor yang bakal dilantik. Selidik masalah yang terjadi supaya masalah dapat dielakkan dikemudian hari.

Penulis asal : Mahanom Mohammad

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

1 thought on “9 Tips Pilih Kontraktor Untuk Renovasi Atau Bina Rumah Idaman”

  1. Terim kasih share info. Baru hire kontraktor, last sekali dapat tahu dia ambil 7k atas angin which means 1/3 dari total renovation. Nak buat macam mana, dah bayar dah pun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *