Tips Kontraktor

9 Tips Memilih Kontraktor Agar Tak Menyesal Sampai Meninggal

9 tips memilih kontraktor agar tak menyesal sampai meninggal

Ramai di antara pemilik rumah teraniaya bila kontraktor yang dilantik tidak menyempurnakan kerja yang diberi. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang lagi, ikuti 9 tips yang kami senaraikan di bawah :

1. Kontraktor memiliki lesen dan berdaftar dengan CIDB. Semasa melantik kontraktor, pastikan 2 perkara ini ada untuk mengelakkan pemilik rumah dikompaun oleh PBT. Semak pendaftaran kontraktor di laman CIDB.

Lesen tersebut mestilah sama dengan nama kontraktor yang dilantik. Ada di antara kontraktor yang menggunakan lesen orang lain setelah lesennya ditarik CIDB.

2. Kontraktor hendaklah mampu menyediakan sebut harga secara teliti dari kuantiti dan skop kerja yang terlibat dalam projek tersebut. Langkah ini penting untuk memastikan bayaran setara dengan kuantiti dan skop kerja yang dilaksanakan. Elakkan daripada menerima sebut harga dengan harga pukal.

3. Kontraktor haruslah pakar dalam kerja yang hendak dilakukan. Kepakarannya terlihat dari pengalaman dari projek terdahulu atau kursus yang berkaitan dengan projek tersebut.

4. Buat carian di internet dan media sosial berkaitan kontraktor sebelum membuat lantikan. Pastikan mereka tidak pernah ditularkan kerana penipuan atau kegagalan yang dilakukan pada masa silam.

5. Kontraktor mestilah memiliki pasukan tukang untuk melaksanakan kerja. Usah cari orang perseorangan, dapat projek baru nak cari orang. Kalau tak cukup pekerja, bila projek nak mula?

 

9 tips memilih kontraktor agar tak menyesal sampai meninggal
Ditipu sehingga puluhan RM semasa membina rumah idaman memang menyakitkan.

 

6. Hantar laporan sepanjang projek dijalankan. Siap satu peringkat, lapor pada pelanggan. Cara yang boleh digunakan ialah menghantar gambar-gambar kerja untuk setiap peringkat pembinaan. Contohnya semasa hendak membersihkan tapak, rakam gambar atau video untuk dihantar pada pelanggan.

7. Kontraktor mampu melaksanakan kerja yang ditawarkan dan tidak terbeban atau bertindih dengan projek-projek lain. Contohnya, wang untuk projek di sini dipusing untuk menjalankan projek di tempat lain.

8. Syarat kerja yang diberikan kontraktor dan kadar bayaran yang dikenakan adalah munasabah dan tidak membebankan pelanggan dengan risiko yang perlu dihadapi seperti harga, terma bayaran, kualiti kerja yang sepadan dan jangka masa melaksanakan projek.

9. Kontraktor tidak mencadangkan anda untuk melanggar peraturan seperti membuang sisa binaan di tempat yang salah, menyimpan bahan binaan di tempat awam, bekerja di luar waktu yang diizinkan, menggunakan bahan binaan yang terlarang, bekerja tanpa permit atau kelulusan dan lain-lain.

Penulis asal : Mahanom Mohammad

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *