Tips Kontraktor

7 Jenis Kontraktor Yang Perlu Anda Ketahui

7 jenis kontraktor yang perlu anda ketahui

Di mana sahaja anda berada, ingat bahawa ada macam-macam jenis kontraktor yang ada. Disertakan senarai 7 jenis kontraktor yang perlu anda ketahui :

1. Kontraktor pembohong. Ini jenis orang yang bukan nak buat rumah pelanggan tapi sekadar nak kutip wang sahaja. Kerja mereka ialah buat pemasaran sehebat mungkin untuk menawan hati pemilik rumah supaya memilih mereka untuk jadi kontraktor.

Surat persetujuan yang ditandatangani pun berat sebelah kerana ada klausa manipulasi yang menyebabkan pemilik tak dapat mengambil tindakan undang-undang. Harga pembinaan rumah yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.

2. Kontraktor sembang kencang. Ilmu binaan tiada, pengetahuan tiada, kemahiran tiada dan pengalaman pun tiada. Nak bezakan simen dengan konkrit pun tak tahu. Mereka hanya bergantung harap pada tukang yang diupah.

Kalau tukang bermasalah, tapak pembinaan pun kena tempiasnya. Masalah yang menimpa pun tak dapat nak diselesaikan. Melarikan diri adalah pilihan yang terbaik.

3. Kontraktor tak pandai urus kewangan. Wang yang diterima untuk bayaran projek, dihabiskan untuk rujukan peribadi. Wang habis terus sakit kepala. Wang untuk projek A digunakan untuk tampung projek B.

4. Kontraktor salah beri harga. Masa harga diberi, dia tak buat semakan kos sebenar yang sempadan dengan pelan, hingga tertinggal beberapa perkara seperti pagar, parity kecil, tambun tanah, ujian makmal, bawang, beras, teh ais hingga kos binaan melebihi debut harga.

5. Kontraktor tersepit dengan perkara luar jangkaan. Bila hujan turun, tak dapat nak konkrit. Bila panas, tak dapat buat kerja di luar. Bila PKP melanda, tak boleh keluar kerja. PKP tamat, pekerja hilang, tapak rosak, barang binaan rosak atau dicuri dan macam-macam lagi.

Bila bayaran lambat dijelaskan, tukang malas nak datang. Bila upah dapat cepat, mereka enjoy sampai lewat pagi. Bila harga barang naik hingga kacau margin, boleh rugi dibuatnya.

 

7 jenis kontraktor yang perlu anda ketahui
Jangan kerana salah pilih kontraktor, anda hangus beribu-ribu ringgit nanti.

 

Kalau kontraktor timbulkan masalah, apa solusinya?

Bertenang dan berbincang dengan baik. Siasat apa punca masalah mereka. Andai jenis lidah bercabang, terus buat laporan polis. Jika ada masalah, Beri tempoh untuk mereka selesaikannya.

Cukup masa yang diberikan, dan mahu Sambung kerja, buat syarat baru untuk mempertahankan kepentingan anda. Andai sudah tawar hati dan tak mahu teruskan projek, buat surat rasmi untuk menamatkan kontrak.

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *