Tips Bina Rumah

3 Cara Mudah Cari Kontraktor Yang Berkualiti

3 cara mudah cari kontraktor yang berkualiti

Bila tiba masanya nak buat rumah atas tanah sendiri, pasti anda tercari-cari kontraktor yang boleh berikan harga yang paling rendah. Nak pilih yang murah, risau dengan hasil kerja yang tak memuaskan. Kalau pilih yang mahal, takut terlebih bajet. Jadi di sini saya senaraikan 3 cara mudah cari kontraktor yang berkesan.

 

Salah pilih kontraktor, rumah pun entah kemana, meranalah jawabnya.

 

1. Minta cadangan kawan. Cari mana-mana kawan yang pernah buat renovasi di rumah atau premis mereka. Minta mereka kongsikan pengalaman. Senaraikan nama-nama kontraktor untuk memudahkan anda membuat tapisan.

2. Lihat kualiti kerja kontraktor. Selain dari faktor harga, kualiti kerja dan komitmen kontraktor perlu diberi perhatian. Kontraktor yang baik akan menjaga kebajikan pekerjanya dan sub kontraktor yang dilantik. Kalau kerja tak berkualiti dan terbengkalai, lagi lambat mahligai idaman anda nak disiapkan.

3. Lihat contoh kerja terdahulu. Tanya pada mana-mana kontraktor yang berpotensi untuk dilantik mengenai hasil kerja terdahulu. Dari situ anda boleh membuat penilaian kualiti hasil kerja mereka.

Kos yang anda bakal akan keluarkan boleh mencecah 5 – 6 angka untuk kerja-kerja renovasi rumah atau bina rumah baru. Oleh itu pilihlah kontraktor yang menepati kriteria yang anda mahukan. Luangkan masa untuk menilai kontraktor yang sudah disenarai pendek. Biarlah berbaloi dengan wang anda.

Penulis asal : Puan Mahanom Mohamad.

 

Ikhwan Fahmi
Project Manager
KBRA Bina
017-3452175

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *